Masa Membaca : 1 minit 27saat
Daily budget ini adalah budget yang ingin kita laburkan untuk iklan kita dalam tempoh sehari, Sehari ada 24jam kan ?
So jumlah budget yang kita tetapkan itulah akan dijadikan panduan untuk iklan kita berjalan dan ianya tidak akan lebih dari jumlah yang kita tetapkan, Kalau lebih pun tak banyak, sedikit sahaja dia akan terlebih spend..
Sebelum saya jelaskan , saya nak anda tahu setiap perniagaan tak kira service ataupun menjual produk , ianya mempunyai jumlah Demand yang berbeza, dan jumlah demand ini akan menentukan sama ada iklan kita akan peroleh berapa banyak jumlah leads.
Namun tidak sekadar disitu, jangan lupa tentang pesaing kita yang lain yang turut menjalankan iklan serta kreativiti kita dalam menghasilkan iklan kerana ianya akan mempengearuhi jumlah leads yang kita akan dapat..
So, yang mempengaruhi jumlah leads daripada iklan kita adalah 4 perkara ini
1. Demand
2. Kreativiti iklan
3. Pesaing
4. Budget iklan
Okay, kembali pada topik asal iaitu budget iklan
Saya akan agihkan penjelasan kepada 2 bahagian :-
1) untuk dapatkan leads
2) untuk iklan kedai fizikal contoh kedai makan ,gadget , servis kereta dan lain2
CONTOH PERTAMA ( LEADS )
Katalah Abu Ali dan Ahmad menjalankan bisnes yang sama tetapi dalam 3 syarikat yang berbeza, so mereka ni kiranya bersaing antara satu sama yang lain.
SITUASI PERTAMA
Abu Ali & Ahmad masing-masing setkan budget iklan RM100 sehari, dari result yang mereka dapat adalah seperti berikut
Katalah iklan mereka bagus dari segi pencapaian , maksudnya RM100 yang mereka spend sehari itu iklan mereka capai kepada 5000 orang atau audience, so..
Abu peroleh 20 leads
Ali peroleh 5 leads
Ahmad peroleh 10 leads
Ini bermaksud daripada RM100 yang digunakan
Abu perlu invest RM5 untuk dapatkan 1 lead
Ali perlu invest RM20 untuk dapatkan 1 lead
Ahmad perlu invest RM10 untuk dapatkan 1 lead
Dari data diatas kita dapat lihat yang Abu paling murah kosnya , ini bermaksud iklan Abu berjaya menarik perhatian lebih ramai orang atau audience berbanding iklan Ali & Ahmad..
*Hal ini terjadi disebabkan Abu lebih faham cara untuk membuatkan orang tertarik dengan iklan yang dihasilkan berbanding Ali & Ahmad..
SITUASI KEDUA
Sama seperti diatas, Cuma kali ini katalah iklan mereka bertiga ini masing-masing berjaya hasilkan iklan yang bagus, cuma budget sahaja yang berbeza.
Masing-masing hanya perlu spend RM5 untuk dapatkan 1 leads
Abu set RM100 sehari
Ali set RM50 sehari
Ahmad set RM30 sehari
Abu peroleh 20 leads sehari
Ali peroleh 10 leads sehari
Ahmad peroleh 6 leads sehari
Mungkin ada yang bertanya, adakah salah untuk setkan budget harian yang kecil ?
Jawapannya TIDAK, tak salah pun..
*Cumanya kita orang bisnes, kita kejar masa , kita kejar target , kita kejar jualan, kita kejar komisyen..
Lagi banyak leads yang masuk setiap hari
Lebih tinggi potensi untuk kita dapatkan customer
Katalah setiap 5 leads yang masuk, mereka hanya dapat closed satu customer.
Maknanya sehari
Abu closed 4 customer
Ali closed 2 customer
Ahmad closed 1 customer
Kalau sebulan ( 30 hari )
Abu closed 120 customer
Ali closed 60 customer
Abu closed 30 customer
Rasa macam banyak kan ?
Tapi cuba fikir, sehari ada 24jam
Katalah waktu buat sales ada 12jam
Takkan dalam tempoh 12jam nak ada 4 atau 2 atau 1 je customer ?
Tambahan lagi anda kene faham, waktu-waktu orang ada duit dan kurang berduit..
Spend RM100 sehari untuk 15 hari pertama tidak sama dengan spend RM100 sehari untuk 15 hari kedua
Kenapa ?
Sebab secara general tengah bulan orang dah start kurang duit, tunggu gaji dan sebagainya..
So apa langkah yang terbaik ?
Selagi ada budget, selagi iklan menghasilkan leads yang bagus
Selagi itu spend sahaja dan fokus hasilkan sales sebanyak mungkin
INI PULA CARA SAYA
Katalah saya ada modal untuk iklan ada RM3000, saya tidak akan spend sehari RM100 mengikut bulanan, malah saya akan spend berdasarkan apa yang saya dapat..
Saya akan spend cepat2 selagi iklan itu menguntungkan
Boleh jadi hari pertama saya jalan RM100
Boleh jadi hari kedua saya up jadi RM200
Boleh jadi hari ketiga saya up lagi jadi RM350
Boleh jadi hari keempat saya up jadi RM400
Dan seterusnya selagi tangan dan kepala saya mampu handle jumlah leads yang masuk..
Boleh jadi saya akan maintain pada RM350 sehari kerana jumlah leads yang banyak serta menjaga kualiti handle leads yang masuk
So RM3000 tu mungkin boleh habis dalam masa 10 ke 15 hari atau mungkin juga boleh kurang dari tempoh masa tersebut.
Kita harus ingat, sebenarnya tiada istilah budget harian, yang ada cumalah jumlah budget yang ingin dilaburkan..
DALAM MASA YANG SAMA, KITA PERLU TAHU YANG
A. Iklan slowly akan mahal
B. Pesaing akan mula tiru cara kita
C. Bukan setiap masa orang ada duit
So agak tidak sesuai jika kita setkan jumlah budget harian yang sama berterusan dalam tempoh sebulan.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu difahami serta diteliti, tapi sepanjang 10 tahun pengalaman, saya lihat 90% yang run iklan, mereka gemar letakkan budget harian terlalu kecil, dan jumlah itu berterusan selama sebulan , malah ada yang berbulan2, dan ada juga yang bertahun lansung tak pernah ubah..
Jangan fokus dengan jumlah yang kita keluarkan
Fokus dengan jumlah yang bakal kita peroleh
Jadikan diri kita “HIGH” dengan apa kemungkinan yang kita akan dapat..
Orang yang benar-benar memahami bagaimana sebenarnya iklan berfungsi, biasanya spending daily mereka besar2
So jangan terkejut kalau ada orang spend sehari RM4k atau RM8k sehari.. itu normal, kerana mereka faham dan mereka mempunyai budget.
__________________________________________
CONTOH KEDUA (FIZIKAL SETEMPAT) – AWARENESS
Untuk perniagaan jenis fizikal yang bersifat setempat, adalah digalakkan untuk anda jalan iklan (marketing) secara berterusan walaupun dengan budget harian yang rendah.
Tujuannya adalah supaya business anda sentiasa dilihat , diingati dan kekal relevan dan menjadi pilihan bakal pelanggan anda.
Adakalanya lokasi perniagaan anda itu agak terpencil dan terselindung dari pandangan, sebab itulah perlu jalankan iklan supaya orang dikawasan anda itu tahu akan wujudnya entiti perniagaan anda.
Sekali sekala boleh tukar content ( bahan iklan ) supaya orang tidak jemu.
Untuk budget spending iklan pula, saya cadangkan minimum 10-30 sehari.
Jika sebulan baru 300-900.
Anggap sahaja itu duit marketing untuk memajukan perniagaan anda.
Purata setiap RM10 yang kita bayar pada Facebook untuk iklan, Facebook akan menghantar kepada 500-1000 orang
So kalau kita spend lebih, ianya lagi bagus..
Boleh jadi Kos marketing yang kita keluarkan itu mungkin asbab kita mampu peroleh keuntungan 2x 5x 10x 50x lebih dari biasa.
Apapun jangan lupa buat kira-kira ya.
__________________________________________
SEBAGAI PENUTUP,
saya tak kata spend kecil itu salah, tapi anda perlu faham & tahu apa yang berlaku dengan duit yang anda laburkan itu..
Iklan ni sebenarnya seperti benda hidup, kalau ianya bagus tapi kita tak berikan dia kebebasan ( spend dengan lebih tinggi ) maka dia tak boleh nak kembangkan sayapnya untuk terbang jauh untuk capai lebih ramai orang.. malah dia terbang setempat sahaja
Maka disitulah akan terjadinya “IKLAN LOOPING” iklan hanya pergi pada orang yang sama berkali2..
Sebagai contoh,
Spend sehari budget = RM20
Total dah spend selama sebulan = RM600
Reach hanya 10000 orang
Tapi 10000 orang itu dah tengok iklan tersebut melebih 4 ke 5 kali
Maksudnya katalah sebenarnya RM200 tu dah capai 10000 orang tersebut, balance RM400 adalah iklan itu pusing pada orang yang sama..
Anda nak duit iklan anda RM600 tu capai pada 10000 orang sahaja atau anda nak RM600 tu capai pada 30000 orang ?
Kalau iklan itu tujuannya awareness, tak jadi masalah kalau iklan tu pergi berkali-kali pada orang yang sama..
Tapi kalau iklan itu nak menjual, biarlah capai seramai orang yang boleh..
So
Nak spend kecil tak salah
Nak spend besar tak salah
Nak menten pun tak salah
Tapi anda perlu tahu, setiap yang dilakukan pasti ada kesannya
Ambil tahu kesannya supaya anda tahu dengan apa anda bermain, sebab setiap sesuatu tu pasti akan berkait rapat dengan yang lain..
AKHIR SEKALI,
Sebenarnya saya boleh tulis berjela-jela cerita tentang iklan ni, tapi saya rasa cukup sampai disini tentang “budget iklan”..
Apapun, semoga bermanfaat,